Monday, March 1, 2010
xde aper nak cerita walaupun banyak cerita nak cerita..(ape punya ayat dah...)
Tuesday, February 23, 2010
aku yang ke 24
gambar bersama arwah abah (1949 - 1999)Syukur kepada Allah S.w.T tanggal 19 Feb, Kerna memberi kesempatan kepada aku untuk bernafas di muka bumiNYA..tahun ni genap 24 tahun umur aku..semoga ianya dapat mematangkan aku dan mendewasakan aku yang macam budak kecik ( kakak aku yang cakap). Kadang - kadang aku terpikir adakah benar ape yang aku lakukan sampai ke hari ini..banyak persoalan yang mungkin akan terjawab bila aku berada di dunia yang nyata..maksud aku bila aku tidak berangan dengan kuatnya..ermm itu adalah perkara wajib yang perlu aku lakukan setiap hari..:)
tahun ni aku tidak berazam seperti tahun2 lepas..
sebab aku takut ianya tidak kesampaian kerana aku tidak suka mengharap
biarlah masa yang menentukannya..
tahun ni jugak aku sgt terharu dan banyak berterima kasih kepada keluarga, kawan pejabat , kawan serumah, kawan2 sekolah yang sentiasa ingat hari lahir ku..terima kasih semua..
ucapan adan doa kamu semua amat dihargai.
tahun ni jugak agak banyak hadiah yang aku terima..tang ni aku rase malu sebabnya aku dah besar panjang ada insan yang masih sudi bagi aku hadiah..aku amat berterima kasih kepada mereka dan mereka..
tu jelah yang aku nak luahkan..walaupun masa tidak mengizinkan dan kemalasan yang melanda dalam diri aku sekarang, aku cuba juga untuk kamu semua..
BACA..
hahahaha..
sekian,
catatan : maaf ayat tunggang langgang mata ngantuk..
Thursday, January 7, 2010
yea yea tak lama lagi..
lagi dua minggu dari sekarang aku akan bertukar menjadi sedia kala..
tq pada kak emy..cepat2 datang ofis yek bagi sy cuti pulak..lalalalala
tapi hati amat sedih ,4 arwah yang meninggal akibat kekejaman yang ngeri.
-al fatihah..
Tuesday, January 5, 2010
Monday, December 14, 2009
aku terjatuh
kala jam ini aku masih tidak boleh tido
mungkin akibat kesan terjatuh semalam..
bahagian disekeliling pinggang amat sakit termasuk di bahagian pingggul..
aku nak cerita serba sedikit pengalaman aku ini..
semalam lepas balik dari pejabat aku sinngah di foodct..
tempat yang aku selalu makan bila terasa perut ku berbunyi..
lepas makan makanan tak kesukaanku..nasi ayam aku pun pun pulang
tapi pada saat itu hatiku turut berdebar macam ada perkara yang akan berlaku..
aku berjalan dan terus berjalan..
sampai pada satu tempat tiba2 aku terus terduduk."babbbb.."
jatuh macam buah durian gugur..(durian juga buah kegemaranku..)
pada masa tu aku aku tak tahu ape yang aku pikirkan..
sakitnya Allah saja yang tahu..
bukan aku malu..tapi sakit yang aku rase ..entah sukar untuk diluahkan..
agak lama juga aku duduk..duduk untuk menahan dan melawan kesakitan itu.
aku pikir aku mesti kuat untuk bangun ..aku cuba bangun sambil ditolong oleh kak lin
kasut aku tercampak jauh..
ada sorang lelaki tolong mengambil kasut aku..
terima kasih lelaki itu..aku terus melangkah untuk pergi ke kereta..boleh ker aku drive ni..
aku cuba dan akhirnya sampai juga dirumah..alhamdulillah..
inilah yang berlaku pada ari ni..dan ianya menjadi pengajaran untuk aku supaya lebih berhati- hati
ape yang dapat aku pelajari dari kejadian seperti di atas,
1) sila jalan berhati2..dan kalau rasa tak sedap hati seperti rase nak terjatuh berehat dulu
2) perasaan sakit itu lebih sakit daripada perasaan malu..jadi masa tu kalau orang kata aku tak malu ker terjatuh aku memang tak malu..sakit maaa..
3) terima kasih kepada kawan2 yang membantu termasuk kawan2 yang call tanya aku ok ke tidak...termasuk lelaki itu terima kasih kerana hulurkan kasut..
4) aku bersyukur sebab tiada kesan yang yang lain seperti luka dan sebagainya..cuma bengkak yang aku rasai..tapi urut itu penting..
kawan2 aku tahu ramai diluar sana mempunyai pengalaman seperti ini..jadi mungkin kita boleh berkongsi bersama..
Sunday, December 13, 2009
assalamualaikum
ada post aku yang lepas aku selalu cerita tentang si dia.. memang nama dia tidak pernah ada dalam blog aku..hahaha..sebabnya aku takut dia akan membacanya..
oklah aku namakan dia ' C '..
baru2 ni aku dapat tahu dia telah bertukar ke Sarawak..kerja kat sana..
naperlah jauh sgt ye pun..kerja kat semenanjung kira ok gak kan..?
tapi takpelah mungkin rezekinya ada kat sana..
tapi aku paling sedih..(sedih sikit jelah)
dia langsung tak bagitahu aku.
mungkin dia tak sempat kot..
ataupun aku xde langsung dalam list dia..
kawan2 yang patut dibagitau..tapi aku patut bersyukur dia tetap pakai nombor telefon yang sama..itu yang aku suka..kalau dia tukar tak susahnya aku nak cari dia balik..
lalalalala..
entahlah kalau si 'C' ni marah aku memang takut..
orang lain marah aku taklah takut kecuali orang tu memang rapat ngan aku..macam family aku..
tapi aku tahu dia baik..
aku berharap dia cepat2 akan pulang ke semenanjung..
catatat sikit : aku hanya kawan dengan 'C' dan 'C' pun hanya berkawan dengan aku..kerana persahabatan di antara aku ngan dia, aku sangat2 bersyukur...
Sunday, November 29, 2009
izz balik umah



Wednesday, November 18, 2009
dah lama ker..?
memang dah lama...
aku tak update kat sini..
bukan tak nak..bukan tak mau..bukan tak sudi..
tapi hati dan perasaan penuh dengan pelbagai tanda tanya..
bukan aku tak nak menjawab sendiri pertanyaan itu..
bukan..
bukan..
entahlah banyak perkara yang aku ingin aku ungkapkan disini..tapi biarlah masa yang menentukannya...
aper yang ingin katakan aku masih disini..
dan aku merindui kamu semuanya..
with love..
teru_


