kala jam ini aku masih tidak boleh tido
mungkin akibat kesan terjatuh semalam..
bahagian disekeliling pinggang amat sakit termasuk di bahagian pingggul..
aku nak cerita serba sedikit pengalaman aku ini..
semalam lepas balik dari pejabat aku sinngah di foodct..
tempat yang aku selalu makan bila terasa perut ku berbunyi..
lepas makan makanan tak kesukaanku..nasi ayam aku pun pun pulang
tapi pada saat itu hatiku turut berdebar macam ada perkara yang akan berlaku..
aku berjalan dan terus berjalan..
sampai pada satu tempat tiba2 aku terus terduduk."babbbb.."
jatuh macam buah durian gugur..(durian juga buah kegemaranku..)
pada masa tu aku aku tak tahu ape yang aku pikirkan..
sakitnya Allah saja yang tahu..
bukan aku malu..tapi sakit yang aku rase ..entah sukar untuk diluahkan..
agak lama juga aku duduk..duduk untuk menahan dan melawan kesakitan itu.
aku pikir aku mesti kuat untuk bangun ..aku cuba bangun sambil ditolong oleh kak lin
kasut aku tercampak jauh..
ada sorang lelaki tolong mengambil kasut aku..
terima kasih lelaki itu..aku terus melangkah untuk pergi ke kereta..boleh ker aku drive ni..
aku cuba dan akhirnya sampai juga dirumah..alhamdulillah..
inilah yang berlaku pada ari ni..dan ianya menjadi pengajaran untuk aku supaya lebih berhati- hati
ape yang dapat aku pelajari dari kejadian seperti di atas,
1) sila jalan berhati2..dan kalau rasa tak sedap hati seperti rase nak terjatuh berehat dulu
2) perasaan sakit itu lebih sakit daripada perasaan malu..jadi masa tu kalau orang kata aku tak malu ker terjatuh aku memang tak malu..sakit maaa..
3) terima kasih kepada kawan2 yang membantu termasuk kawan2 yang call tanya aku ok ke tidak...termasuk lelaki itu terima kasih kerana hulurkan kasut..
4) aku bersyukur sebab tiada kesan yang yang lain seperti luka dan sebagainya..cuma bengkak yang aku rasai..tapi urut itu penting..
kawan2 aku tahu ramai diluar sana mempunyai pengalaman seperti ini..jadi mungkin kita boleh berkongsi bersama..
Monday, December 14, 2009
aku terjatuh
Sunday, December 13, 2009
assalamualaikum
ada post aku yang lepas aku selalu cerita tentang si dia.. memang nama dia tidak pernah ada dalam blog aku..hahaha..sebabnya aku takut dia akan membacanya..
oklah aku namakan dia ' C '..
baru2 ni aku dapat tahu dia telah bertukar ke Sarawak..kerja kat sana..
naperlah jauh sgt ye pun..kerja kat semenanjung kira ok gak kan..?
tapi takpelah mungkin rezekinya ada kat sana..
tapi aku paling sedih..(sedih sikit jelah)
dia langsung tak bagitahu aku.
mungkin dia tak sempat kot..
ataupun aku xde langsung dalam list dia..
kawan2 yang patut dibagitau..tapi aku patut bersyukur dia tetap pakai nombor telefon yang sama..itu yang aku suka..kalau dia tukar tak susahnya aku nak cari dia balik..
lalalalala..
entahlah kalau si 'C' ni marah aku memang takut..
orang lain marah aku taklah takut kecuali orang tu memang rapat ngan aku..macam family aku..
tapi aku tahu dia baik..
aku berharap dia cepat2 akan pulang ke semenanjung..
catatat sikit : aku hanya kawan dengan 'C' dan 'C' pun hanya berkawan dengan aku..kerana persahabatan di antara aku ngan dia, aku sangat2 bersyukur...
Sunday, November 29, 2009
izz balik umah
Wednesday, November 18, 2009
dah lama ker..?
memang dah lama...
aku tak update kat sini..
bukan tak nak..bukan tak mau..bukan tak sudi..
tapi hati dan perasaan penuh dengan pelbagai tanda tanya..
bukan aku tak nak menjawab sendiri pertanyaan itu..
bukan..
bukan..
entahlah banyak perkara yang aku ingin aku ungkapkan disini..tapi biarlah masa yang menentukannya...
aper yang ingin katakan aku masih disini..
dan aku merindui kamu semuanya..
with love..
teru_
Tuesday, September 15, 2009
SELAMAT HARI RAYA..
aku bercuti mulai 16hb - 29hb sept
Wednesday, September 9, 2009
teruk ker..?
erm nak gelak dulu banyak2..
aku memang teruk..
alaaa aku bukannya per dah alang2 aku balik kg..aku cutilah lama..
lagi pun bulan puasa ni tak dapat berbuka puase bersama keluarga..jadi dikesempatan cuti aku mohon cuti lama2..
8 hari..? aper 8 hari..?
aku akan bercuti raya 8 hari..itu tak termasuk cuti free..
hehehe..banyak sungguh..macamlah cuti yang tinggal tu banyak lagi..
ermm sememangnya nak balik ke sini...25hb..tapi ada hal keluarga pada 29hb..
jadi tambah lagi cuti..
dahla balik awal ke kg ..(16hb) cuti pulak lama ,teruk betul aku ni..
takpe2 lepas ni jangan cuti dah..(boleh tahan ker?)
hehehe..lagi teruk aku adalah pemohon cuti yang paling lama di ofis..
mengalahkan pegawai kat ofis aku dan seangkatan dengannya..
lalala..ada jualan borong dari kilang..
jemput datang k..di presint 2 depan tapak pasar ramadhan..11-13hb september..
Posted by teruterubuzu at 9:54 PM 13 pot pet
Monday, September 7, 2009
kad raya pertama..
Sunday, September 6, 2009
berbuka ngn raingers umah..
Thursday, September 3, 2009
itu dan ini..
Posted by teruterubuzu at 4:24 PM 10 pot pet
Wednesday, September 2, 2009
akhirnya..
aku harap ini yang pertama dan terakhir..
Thursday, August 27, 2009
perasaan & hati..
Wednesday, August 26, 2009
Thursday, August 20, 2009
Friday, August 14, 2009
aku akan bercuti..
Wednesday, August 12, 2009
dia tetap macam ni..
baru aku perasan dia suka tutup muka bila bergambar
tengok..masa ambik gambar orang pun dia tetap tutup muka dia..
apatah lagi dengan aku..dia tetap macam ni..mukanya sungguh mahal..
dia dah mula belajar tunjukkan mukannya
tapi dia kembali lagi dengan perangai lamanya..
tengoklah tu..kak hani..kak hani
Tuesday, August 11, 2009
terasa penat..
ermm..dulu aku memang beria2 nak bawak kereta..sampai ulanglah ujian memandu..2 kali
selalu jugak aku kena marah terutamanya naik bukit dulu..aku selalu tension dengan masalah ini..aku berfikir kenape aku tak boleh buat sedangkan orang lain boleh buat..ok jer aku tengok diorang..oleh kerana kelampauan yang nakkkk sangat lesennya aku perlu kuatkan semangat sebabnya aku begitu teruja nak dapat lesen memandu..akhirnya aku dapat jugak lesen P aku rase inilah kejayaan dalam diri aku yang aku rase woww..alhamdulillah..
laaa ni pulak aku rase malas sangat nak memandu..terasa indahnya bila kita berada disebelah sambil mendengar lagu yang kita suka..entah rase penat pulak terutamanya aku berada dikesesakkan jalanraya..aku bukannya aper..aku mengantuk kalau sesak2 ni..mulalah aku berangan2lah..ini yang bahayanya..angan2 yang terlampau..hehehe..apekan daya inilah cara aku yang cukup suka berangan..oleh yang demikian cara yang paling sesuai dan mantap aku akan pasang lagu kuat2..supaya aku sentiasa berada dalam dunia realiti..
go! go! go ! emei anda dilarang sama sekali berangan dalam kereta..PAHAM!!!
dan jangan ada perasaan malas dan penat membawa kereta..bersyukur dengan seadanya..
Monday, August 10, 2009
kita mencuba..
penin kepala
Sunday, August 9, 2009
aku dah tengok
Posted by teruterubuzu at 4:38 PM 11 pot pet